Selepas Suruhanjaya Cobbold membuat
laporan yang agak memuaskan, tugas untuk merangka syarat-syarat Persekutuan
secara terperinci telah dilakukan oleh sebuah jawatankuasa yang dipanggil Jawatankuasa
Antara Kerajaan (JAK) yang diketuai oleh Lord Landsdowne yang bertindak sebagai
Pengerusi, Tun Abdul Razak Hussein sebagai Timbalan Pengerusi, wakil-wakil
kerajaan British dan wakil-wakil negeri Sarawak, Sabah dan Singapura.
Jawatankuasa ini telah membentuk satu
perlembagaan khususnya yang melibatkan permintaan Sabah dan Sarawak berdasarkan
memorandum yang diterima daripada parti-parti politik di Sabah dan Sarawak.
Laporan yang dibuat oleh jawatankuasa
ini menggunakan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Laporan
Suruhanjaya Cobbold serta cadangan yang dibuat oleh Jawatankuasa Perundingan
Perpaduan Malaysia sebagai asas. Perlembagaan yang dibentuk ini telah disahkan
oleh kerajaan British pada 9 Julai 1963. Antara perkara yang menjadi teras
utama dalam perlembagaan tersebut ialah :
a. Agama Islam dijadikan agama rasmi bagi
seluruh Persekutuan Malaysia, kecuali Sabah dan Sarawak.
b. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa rasmi
Persekutuan Malaysia, tetapi
kelonggaran diberikan kepada Sabah dan Sarawak
untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam perkara-perkara rasmi selama 10 tahun
selepas kemasukan ke dalam Persekutuan.
c. Kuasa kawalan imigresen di Sabah dan Sarawak akan diserahkan kepada kerajaan negeri masing-masing walaupun peruntukan tersebut di bawah kawalan kerajaan pusat. Ini adalah untuk memberi keyakinan kepada Sabah dan Sarawak bahawa tujuan Tanah Melayu bukanlah untuk menjajah negara tersebut.
d. Sistem pendidikan masih dikekalkan sehingga Majlis Negeri membuat pindaan.

e. Sabah diberikan 24 perwakilan Parlimen,
manakala Sarawak 16 dan Singapura15 buah
kerusi.
No comments:
Post a Comment