REFERENDUM SINGAPURA
Jika peristiwa di Sabah dan Sarawak melibatkan penyiasatan oleh Suruhanjaya Cobbold, Singapura turut membuat satu pungutan suara yang dipanggil Referendum Singapura. Kerajaan Singapura membuat keputusan untuk mengadakan referendum sebagai satu cara meninjau pendapat penduduk Singapura untuk mendapatkan kepastian dan pendirian rakyat Singapura berhubung penubuhan Malaysia. Secara keseluruhan, pungutan suara ini bukan bertujuan untuk membenarkan rakyat Singapura menolak penubuhan Malaysia, tetapi menerima cadangan ini dengan pendirian mereka yang tertentu.
Kerajaan Singapura membuat keputusan
ini kerana yakin sebahagian besar parti politik di Singapura menyokong cadangan
Malaysia,
cuma pandangan dan pendirian mereka juga perlu diambilkira. Soal menolak sudah
tidak wujud, tetapi soal penubuhan perlu dibincangkan. Dalam pungutan suara
ini, rakyat Singapura diberi tiga pilihan, iaitu :
a. Pilihan A – rakyat bersetuju untuk bergabung
dengan syarat-syarat yang telah ditetapkanolehkerajaan Singapura dan
Persekutuan Tanah Melayu melalui Kertas Putih pada bulan November 1961 (secara
keseluruhan, pilihan ini mendapat 397 626 undi)
b. Pilihan B – rakyat bersetuju untuk bergabung
tanpa syarat dan kedudukan Singapura akanmenjadi seperti negeri-negeri Melayu
lain di dalam Persekutuan Tanah Melayu (secara keseluruhan, pilihan ini
mendapat 9442 undi).
c. Pilihan C – rakyat bersetuju untuk bergabung
dengan syarat dan faedah yang hampir sama seperti yang diperoleh
wilayah-wilayah Borneo dengan penyertaan ini
(secara keseluruhan, pilihan ini mendapat 144 077 undi).
Referendum Singapura ini telah
diadakan pada 1 November 1962. Barisan Sosialis dan pihak komunis yang tidak
bersetuju untuk bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu telah memulau
pungutan suara dengan membuang undi kosong. Namun selepas referendum selesai,
laporan menunjukkan 71% pengundi menyokong pembentukan Malaysia.
Penganalisis sejarah mendakwa sokongan
Singapura ini adalah ekoran kejayaan kerajaan PAP meyakinkan rakyat berhubung
tiada kemungkinan taraf kerakyatan mereka akan dilucutkan dengan penggabungan,
perdagangan antarabangsa Singapura mungkin merosot jika mereka tidak bergabung
dan ancaman komunis akan dapat dibendung dengan jayanya dengan pembentukan ini.
Secara keseluruhannya, keputusan ini menunjukkan rakyat Singapura bersetuju
untuk menyertai Malaysia
dengan memilih syarat A, iaitu pilihan yang dicadangkan oleh kerajaan Singapura
sendiri.
Ha
ReplyDelete