SURUHANJAYA COBBOLD
Suruhanjaya Penyiasat Borneo Utara atau Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan setelah satu rundingan dibuat antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan British pada bulan November 1961. Suruhanjaya ini dilantik secara rasmi pada 16 Januari 1962. Suruhanjaya ini dipanggil Suruhanjaya Cobbold sempena nama ketuanya, iaitu Lord Cobbold seorang berbangsa Inggeris. Ahli-ahli suruhanjaya ini ialah Lord Cobbold, iaitu bekas Gabenor Bank England sebagai ketua, Anthony Abell dan David Waterson yang mewakili kerajaan British, sementara Dato’ Wong Pow Nee dan Tan Sri Mohd. Ghazali Shafie sebagai wakil kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.
Kerajaan United Kingdom dan kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu bersetuju bahawa dengan memasukkan Borneo Utara dan
Sarawak (bersama-sama dengan lain-lain negeri) ke dalam Persekutuan Malaysia
yang dicadangkan itu, banyak faedah diperoleh rakyat Negara-negara yang
berkenaan. Matlamat penubuhan Suruhanjaya Cobbold adalah untuk menyiasat fikiran
rakyat Borneo Utara dan Sarawak berkenaan hal
ini dan membuat syor-syor setelah
menimbangkan fikiran itu.
Suruhanjaya Cobbold menamatkan
penyiasatannya pada 18 April 1962 dan kemudian mengemukakan sebuah laporan
penyiasatan kepada kerajaan British kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada
bulan Jun 1962. Menurut laporan suruhanjaya ini, lebih kurang 80% daripada
penduduk Sabah dan Sarawak menyokong pembentukan ini dan sebahagian besar
daripada mereka ialah kaum Bumiputera. Secara keseluruhan, bentuk sokongan
masyarakat Sabah dan Sarawak terbahagi kepada
tiga golongan iaitu:
a.
1/3 daripada dua buah negeri ini menyokong
penuh penggabungan tanpa syarat
b.
1/3 lagi turut menyokong, tetapi dengan
syarat-syarat dan jaminan tertentu.
c. 1/3 lagi separuhnya mahukan kemerdekaan
dahulu sebelum bergabung dan separuhnya yang menentang kerana mahu kekal dalam
pemerintahan British. Bilangan yang menentang ini dicatatkan hanya lebih kurang
20% sahaja.
No comments:
Post a Comment