Menurut Tunku Abdul Rahman, gagasan
pembentukan Malaysia perlu menggabungkan wilayah-wilayah Borneo seperti Sabah,
Sarawak dan Brunei bukan hanya terhad kepada Tanah Melayu dan Singapura sahaja.
Jika Tanah Melayu dan Singapura sahaja bercantum, ini akan menghilangkan majoriti
penduduk Melayu. Ini kerana Singapura mempunyai 80% penduduk bukan Melayu dan
apabila dicantumkan dengan penduduk Persekutuan Tanah Melayu, penduduk bukan
Melayu akan menjadi golongan terbesar.
Apabila pencantuman berlaku antara
Tanah Melayu dan Singapura sahaja, bilangan masyarakat Cina akan menjadi 43.5%,
sementara orang Melayu menjadi 43%. Ini kerana anggaran penduduk Tanah Melayu
pada tahun 1960, orang Melayu kira-kira 50% dan orang Cina 36.9%. Justeru,
apabila penduduk Sabah dan Sarawak diambil kira, bilangan kaum Bumiputera
termasuk Melayu akan menjadi 46.3%, sementara orang Cina menjadi 42.4%. Ini
bermaksud untuk menjamin kedudukan orang Melayu dan Bumiputera tidak terancam,
kemasukkan Sabah dan Sarawak membolehkan
kumpulan Melayu dan Bumiputera kekal sebagai kumpulan terbesar.
No comments:
Post a Comment