REAKSI NEGARA-NEGARA JIRAN
Terdapat tentangan yang perlu dihadapi dari 2 negara
iaitu Filipina dan Indonesia.
Filipina memprotes pembentukan Malaysia
dan Indonesia pula cuba menghalang pembentukan Malaysia.
Presiden Macapagal mendakwa Sabah adalah sebahagian
daripada milik negaranya.Jadi, pembentukan Malaysia akan menyulitkan lagi
tuntutan Filipina terhadap Sabah. Filipina terus membantah walaupun rakyat
Sabah memilih untuk menyertai Malaysia.
Filipina kemudianya memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia.
Presiden Sukarno mengumumkan dasar konfrantasinya pada 20 Januari 1963 dengan slogan ‘Ganyang Malaysia’. Alasan Sukarno ialah kerana Tanah Melayu membelakangkan Indonesia semasa penubuhan Malaysia. Tindakan ini adalah kerana penubuhan Malaysia mengancam idea pembentukan empayar Indonesia Raya. Ianya juga merupakan taktik mengalih perhatian rakyatnya daripada beberapa masalah dalaman.
No comments:
Post a Comment